Ini dinamakan saong dalam Bahasa Kenyah. 'Saong' ini selalunya digunakan ketika turun sawah, jalan dan sebagainya untuk melindungi daripada cahaya panas. Walau bagaimanapun, ia digunakan sebagai salah satu perhiasan dalam perkahwinan bagi golongan orang Maran. Corak yang digunakan juga pelbagai dan ikut kreativiti masing-masing.