Pageviews last month

Saturday, October 26, 2013

Pasangan Kembarku

Masa: 30 minit
Alatan: Kertas A4
Langkah-langkah


  1. Setiap pelajar dikehendaki mengeluarkan kertas A4 masing-masing.
  2. Setiap pelajar dikehendaki menulis 7 rajah perkara @ fakta mengenai diri peserta masing-masing.
          a) Bulan Kelahiran
          b) Tempat Kelahiran
          c) Bilangan Adik-Beradik
          d) kedudukan dalam keluarga
          e) warna kegemaran
          f) Hobi
          g) No yang disukai
     3.  Pelajar diminta untuk mencari pelajar lain yang mempunyai salah satu                               persamaan perkara@fakta tentang diri mereka.   
     4.  Apabila menemui, mereka akan mendapatkan tandatangan di bahagian sebelah                   fakta tersebut.     
     5.  Pelajar yang berjaya menjumpai pasangan yang paling banyak persamaan                           tentang maklumat diri adalah pemenang.

Rumusan: Setiap manusia adalah unik meskipun adakalanya terdapat persamaan dengan yang lain. Kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri dan pasti ada persamaan dan perbezaan. Oleh itu, kita harus menggunakan potensi yang ada pada diri untuk meningkatkan kecemerlangan diri dari segi akademik dan sahsiah. Justeru, mengenali diri adalah sangat penting sebelum kita mengenali orang lain.


*Semoga aktiviti pembelajaran dalam kelas ini dapat membantu sedikit bagi guru pelatih dan sesungguhnya dengan menyelitkan beberapa aktiviti dalam pembelajaran dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari subjek tertentu. Selamat Mencuba.. :) 

No comments:

Post a Comment